Assalamualaikum Hangpa.. salam satu Malaysia..kali ni cheqq nk cherita psl trip terbaru aku dan kwn di Bangkok pada 27/7/17 sehingga 31/7/2017. Kalu x dak idea nak p mana cheqq suggest hangpa p amkk angin dkt Bangkok.. Tapi ms kami p awt kami rasa cuaca dkt Bangkok lg panaihh dr Msia. .
Kami p melalu dua pengankutan, melalui flight direct Penang-Bangkok dan kami blkk melaluii keretapii Bangkok-Hatyai, Hatyai-Pdg Besar, Pdg Besar -Bkt Mertajam. Jenuhh tggu lama nohhh.. tapi experience syokk baq hg.. sukar d gmbarkan dgn kata2. Pengalaman mahal dan sukar digambarkan dgn kata2.. Ada org xsuka katanya membuang masa but aku suka menikmati keindahan alam sambil santai dan rileks..Prjalanan yg memkn ms lebih 16jam dlm train dr Bangkok- ke Hatyai . Saja aku singgah d Hatyai. Ada ja direct train Bangkok ke Padang Besar.. Korang kalu nk beli Tiket Train Bangkok-Hatyai boleh di beli melalui laman nih http://www.railway.co.th/ . Aku beli tiket nih di kaunter Tiket Thailand d Padang Besar 3mggu sebelum berlepas. Tiket train nih beli di advanced 60 hari sebelum berlepas. Aku beli tiket untuk tempat duduk bawah dengan harga 945 bath= RM120 (tukaran semasa).. Naseb baik cheqq amik tmpt tidoqq bawaah, ada tingkap utk menikmati pemandangan alam sekitaqqq pd wktu mlm( gelap ja pun) tapi better ada tingkap dr tmpt tido atas yg xda sebarang tingkap pun.. lagi bosan
Untuk makluman semua aku naik Train No.45 dari Bangkok ke Hatyai pada 30/7/2017 jam 15.10ptg (waktu Thailand) dan tiba di Hatyai esokk harinya 31/7/2017 sekitar jam 7.30pagi . Aku memilih untuk transit sebentar di Hatyai dan setelah turun dari train tersebut aku segera ke Kaunter untuk membeli tiket train hari yg sama jugak utk berlepas ke Padang Besar. Aku beli tiket Train No.949 Hatyai-Padang Besar jam 1.05 tengahari Keretapi dari Hatyai ke Padang-Besar cuma terdapat dua waktu shja, iaitu Jam 7.30pagi dan 1.05 tengahari (waktu thailand) . Perbezaan waktu di Thailand adalah lewat sejam dr Waktu tempatan Malaysia. Manakala Keretapi dari Padang Besar ke Hatyai ialah jam 8.55pagi dan 3.40ptg (waktu Malaysia).
![]() |
Tiket Train Kami Bangkok-Hatyai dan Hatyai-Padang Besar |
![]() |
Inilah Bilik Kitorang... Kelihatan Mcm Asrama kan.. Tapi Selesa. |
![]() |
Hall besar dan luas utk santai Ada Kemudahan Komputer. |
![]() |
Di depan Hostel |
![]() |
Percuma je ni |
![]() |
Penting MAP nih.. |
![]() |
BTS One Day Pass harga 140bath. |
![]() |
Harga Buah Mata Kucing 45bath sekilo tu Buah Naga Sebakul tu ada 6biji 20bath= RM2.50. Murah sangat. Penink kami tgok..hihi |
![]() |
Nihh Buah Manggis 18bath sekilo nahh klu ikut RM2.20 ja sekiloo..Murah kan. Pasar mlm tmpt kami RM6-8 sekilo.. |
Gambar-gambar gerai Buah-buah di sekitar hostel kami tinggal nih berdekatan dengan market. Barang mmg murah2.. Kain Batik pun harga murah dari 70bath = RM8.. Kain kualiti baguihhh dan elokk.. Kain2 cotton, Jeans , Barang elektrik smua macam rasa nak beli bawa balik Malaysia pasal murah even duit kita jatuh tpi harga brg dkt sini mmg murah.. Kami nih balikk bersiappp di hotel utk memulakan perjalanan seterusnyaa...
28/7/2017- JUMAAT
Timetable Chao Phraya Tourist Boat
Kawasan Tourist Attraction di Sungai Chao Phraya
Tiket dan Guide Book diberikan sebagai panduan untuk
menyulusuri Sungai Chao Phraya.
Ikut laluan Exit 2 Chao Phraya Express Boat
Dalam Boat Chao Phraya express.
Antara tempat menarik yang korang perlu singgah di sepanjang perjalanan dlm boat d Sungai Chao Phraya nih River City Bangkor Pier, China Town, Flower Market (Memorial Bridge), Wat Pho, Wat Arun, Grand Palace dan Khao San Road. Aku hanya sempat singgah di beberapa tempat ja dari semua d atas nih.. Aku x sempat nak tounch down semuanya sebab banyak menghabiskan masa d Khao San Road dan Grand Palace..
1. KHAO SAN ROAD (hentian Phra Arthit)
Sebenarnya dkt Khao San Road ni adalah kelihatan seperti jalan2 biasa ja.. Tapi tempat nih adalah tempat yang paling digemari oleh para backpacker dan pelancong.. Sini barang souvinear mmg murahh... Tapi utk menuju ke Khao San road hangpa kena lalu kot jalan lorong-lorong kecil, kwsn perumahan orang, keluar masuk kedai orang utk ke Khao San Road nih.. Berbaloi datang ke sini kerana barang-barangnya lebih murah berbanding di Chatuchak Weekend Market. Saya datang di sini beli seluar kembang mcm aladin tu dengan harga 350bath berbanding di Chatuchak harga 400-500bath.. Untuk beli cenderamata dan souvinear i prefer u olls buy di Khao San Road ok.. Saya x sempat amik byk gmbar di area sini.
![]() |
Hentian/Jeti terakhir di Phra Arthit untuk ke Khao San Road. |
![]() |
Souvinear murah di Khao San Road Macam-macam ada. |
![]() |
Suasana di Khao San Road gambar ehsan dari google. |
2. THE GRAND PALACE
Siap jalan dan sopping cuci mata di Khao San Road, kami menuju kembali ke jeti untuk ke destinasi seterusnya The Grand Palace. Tempat ini adalah destinasi yang wajib datang sekiranya ke Bangkok Thailand. Tempat tumpuan pelancongan utama ini penuh dengan kehadiran pelancong tempatan dan juga para pelancong luar. The Grand Palace atau dikenali oleh tempatan sebagai Wat Phra Kaew.
The Grand Palace ini di bina semasa pemerintahan King Rama 1 pada tahun 1782. Selama 150 tahun ianya menjadi pusat pemerintahan kerajaan Thailand sekaligus tempat tinggal raja. Tetapi pada masa kini The Grand Palace tidak lagi menjadi pusat pemerintahan Raja dan tempat tinggal Raja ianya berfungsi sebagai ibadat bagi agama Buddha Thailand dan juga tempat upacara keagaamaan .
Tempat ini dibuka setiap hari dari jam 8.30am- 3.30pm (waktu Thailand). Kita Kalu nak masuk The Grand Palace nih kena beli tiket yang berharga 500bath (foreigners). Kami sampai dkt sini pun dah h jam 3 petang, so kitaorg x sempat nak masuk dalam dan beli tiket masuk ke dlm.. so sempat bergambar di luar sahaja. Cuaca mendung ketika itu, even mendung tapi tetap terasa bahang panas.
![]() |
Luar Bangunan The Grand Palace |
![]() |
Sekitar kawasan The Grand Palace. |
![]() |
Pintu keluar bagi tourist yg dah masuk ke dlm The Grand Palace. |