Wednesday, 17 August 2016

Jalan-Jalan Cari Makan Di Kota Kinabalu (Sabah) dan Reunion..



Assalamualaikum entry kali ini saya nak bercerita tentang trip jalan2 cari  makan di Kota Kinabalu. Saya baru pulang dr Sabah pada 11/8/2016 sehingga 13/08/2016.  3 hari 2malam. Selalu bila pikir ttg Sabah kebanyakan makanam dia Seafood kan.. (Saya bukan penggemar Seafood) Tak dinafikan mmg murah kalu penggemar seafood ke sabah nak makan seafood.  Saya ni sebenarnya Ex Student UMS..  So kalu nak makan cari makanan yg sedap2 selain seafood d sabah agak sukar kerana mmg kebanyakan x kena dengan tekak kita org Utara. Bagi Saya kalu makanan tu mahal dan sedap kiranya berbaloii kita bayar. Tapi kalu sebaliknya mmg panaihhh kan.. Jemu kalu balik2 makan KFC dan MCD sahaja.. So di sini saya akan kongsikan antara restoran dan warung yang korang boleh try untuk pergi mkn.. Walaupun agak mahal berbanding semenanjung tapi berbaloi jgk.... Sebelum makan korang mesti memerlukan contact no untuk sewa kereta, jadi saya sertakan no sewa kereta Axia Automatik yang boleh korang call.. Harga murah dan berpatutan.. Antara yg termurah di KK yang saya prnh jumpa kerana dia memberikan harga student.. 014-8723504.. Sekiranya tiada org yg dpt menjemput dan mhtr apabila korg tiba d airpot, beliau menyediakan khidmat tsebut sekiranya anda menggunakan khidmat sewa kereta beliau. so boleh cuba call beliau. Saya lupa nama dia.

1. Restoran Kak Nong, Harbour City

 Antara Menu yang boleh dicuba ialah;

a) Nasi Ayam Kak Nong (favorite Saya)
b) Nasi Lemak Ayam Berempah
c) Butter Prawn
d) Cendol
e) Gado-Gado
f) Lemon Chicken Rice




2. Japan Boat Takoyaki di Wisma Merdeka dan One Borneo.


Takoyaki Boat the thing u guys must try. Satu Boat rm3.90 ada 3 biji..Flavor Spicy nih..
3. Fook Yuen Cafe & Bakery di Gaya Street
saya dan rakan2 sering breakfast d sini, DimSum d sini Halal. Total harga breakfast saya rm9.70
Nasi Lemak  sebungkus rm2.50, DimSum Ayam satu box  rm5, teh o ais rm2.20.
Fook Yuen di Gaya Street, ada variety makanan utk breakfast.

4. Restoran Nasi Ayam Juara di Kingfishier dan Sulaman Central bdktan dgn Pasaraya Lintas.
Set Nasi ayam rm5.00. Nasinya Wangi. Saya selalu add extra nasi.
5. Restoran Warung Padang Jawa  Alam Mesra dekat dengan UMS
Set ayam penyet rm7.00-rm7.50 skrg. dulu rm5.50 sja. even mahal tapi berbaloi sebb mmg sedap. Datang KK jangan lupa mencuba. Ini antara menu yg wajib hgpa try. Ini mknn kegemaran   kbykn student UMS. Terima belanja aku M trip aku kali ini keSabah d blnja mkn o M dan Sue. Semoga kalian sentiasa murah rezeki.

6. RESTORAN  HOMES DALAM ONE BORNEO (IB) Ground Floor.
 Inilah Restoran Homes . Cantik dan selesa. Makanan Sedap + hrga mahal pun berbaloi kan..

 Ini menu Lunch favorite saya Kam Heong Chicken Rice. Ayam ni memang wangi, bau ala2 belacan dan sedap. Terima kasih Wanis kerana memperkenalkan menu sedap ini kepada saya ms zaman study lg..  Selamat Mencuba korang.
                                                                                           Menu sebagai rujukan..  


7. Restoran TOKMI Station Di Sadong Jaya @ Sembulan-


                                                         Tokmi station yang menyediakan makanan Ala Thai dan Kelantan. 
  Terima kasih M Bwa belanja makan malam di sini. Menu yg saya dah try makan di sni korang boleh la cuba masakan;
Kepada student org2 utara yg rindukan masakan thai or tomyam boleh la dtg ke sinii.. Sedap....dan berbaloi..dapat mengubat rindu masakan dr semenanjung..hahaha.. saya dlu ms awal di sabah dlu assyik nak balik sja sbb mknn x kena dengan tekak kita.
Di sini saya lupa nak tangkap gmbr makann yg saya dh mkn.. so sya senaraikan saja la mknn berikut..

a) Tomyam Campur
b) Kailan Ikan Masin
c) Kangkung Masak Belacan
d) sotong goreng tepung...
 Makanan lain silalah cuba..






So selamat mencuba dan jalan-jalan cari makan di Kota Kinabalu. Masih ada lagi beberapa tempat yg enak. Tapi  x sempat saya nak kembali ke semua tempat2 makan yg saya pernah makan semasa zaman belajar dahulu.... Sekian terima kasih kepada sahabatku , Ku dedikasi Terima kasih x hingga pada kalian kerana sudi berjalan2  bersama aku dan belanja makan bagai.....Terubat sudah rindu aku pada KK dan UMS.. especially pada Emma Refkha Ailah, Suriani Awang dan Noruhuda Baharuddin  sama2 dalam trip ini.. Terima kasih x terhinngga kerana sudi belanja makan kpd kami wahai M dan Sue.. See u guys next time. Huda selamat menjalani latihan Polis anda selama 9 bulan. Jangan Lupa janji kita selepas setahun 6 bulan. Travel lg kita.Okehhh... M semoga dipermudahkan urusanmu utk melahirkan anak sulung.. Syg u olls ok. C za x tau kemana sudah.. Semoga Persahabatan kita kekal selamanya ya prenku2..


























































No comments:

Post a Comment

Jom Jalan di Bangkok dan Hatyai Part 1

Assalamualaikum Hangpa.. salam satu Malaysia..kali ni cheqq nk cherita psl trip terbaru aku dan kwn di Bangkok pada 27/7/17 sehingga 31/7/2...