Aku baru pulang dari Ho Chi Minh pada 3/4/2016 dua hari lalu bersama-sama rakan sekolahku selama 5hari. Perjalanan flight terus dari Penang ke Ho Chi Minh City yg memakan masa hampir 2jam. Untuk trip Vietnam ini pertama kali aku pergi tanpa menggunakan tourist guide dan akulah yg mengetuai trip ini. Sebelum ini sekiranya ke Oversea buat pertama kali kami akan mengambil pemandu pelancong seperti trip aku ke Korea. Jadi aku rasa sangat horror trip kali ini bersama-sama dua rakanku yg tidak pernah menjejak kaki keluar negara. Bajet untuk trip aku ini menelan kos penerbangan Penang-Ho Chi Minh-Penang= RM197.05(tiket sahaja).Perbelanjaan bagasi bagi 20kilo rm50 dan 25kilo= RM58, 30kilo= RM108. Wang perbelanjaan di bawa dalam Dong Vietnam, US dollar dan Ringgit Malaysia.
Jenis Travel Adapter di Vietnam
Kami menginap di Thanh Ha Guesthouse dan Red Ruby Hotel. Persiapan yang sederhana membawa beg galas, makanan seperti maggi dan bubur cawan, minuman 3 IN One, Travel Adapter adalah penting di untuk kegunaan ketika di sana beserta bagasi kosong yg digunakan untuk megisi barang2 shopping d sana.Jenis Travel Adapter yg sesuai di Vietnam.
Matawang yg sesuai di gunakan ketika saya pergi baru ini ialah:
1) USDollar = Hotel dan Teksi
2) Vietnam Dong = Makanan/ Bas/ Shopping
3) Ringgit Malaysia(RM) di terima ketika kami dtg kerana kenaikan RM = shopping d Ben Than
p/s: sekiranya kejatuhan RM tidak akan diterima semasa di Vietnam.
![]() |
Pemandangan dr Atas Ho Chi Minh |
![]() |
Viettel |
![]() |
Tan Son Nhat Airport Vietnam |
Kami hanya membeli Simcard data Internet di Airport tersebut, rangkaian telefon dan Internet yg terbesar di Vietnam adalah Viettel, Vinaphone, Mobifone dan Veitnamobile. Aku memilih data internet Vietttel dgn byrn 290,000 dong (unlimited data Internet) selama sebulan sesuai kwsan bandar dan Luar Bandar. Manakala rakan2ku membeli Vinaphone data 10gb Internet dgn byrn 100,000 dong per pax.(sebulan). Aku prefer korang beli data ketika tiba di Airport berbanding di kedai2 luar.
Setelah itu aku membuat keputusan untuk memilih menaiki bas No.152 dari Airport ke Ben Than Market sbyk 5000dong = RM1 berbanding teksi 240,000 dong= Rm48. Bayaran tiket bas yg dikenakan ialah sebanyak 10,000 termasuk dengan bagasi turut dicaj. Jimaat duit aku. Tiba di Ben Than Market kami mula mencari guesthouse aku yg beralamat di 241/37 Pham Ngu Lao yg terletak di kawasan Area Backpackers. Berjalan kaki mencari memakan masa 10-15 minit dr Ben Than. Keadaan bilik yang agak selesa dan memuaskan tapi Wifi di dalam bilik sangat lemah. Naseb baik kitaorang dah beli data sesiap masa di airport. Yg istimewanya Guesthouse ini kami tidak perlu bersusah payah nak angkat beg naik tangga kerana owner ini menyediakan kemudahan Lif. Hebatkan dalam Guesthouse ada lif.. Aku masa stay d Korea tingkat 5 tiada lif so kitaorg terpaksa mengusung beg tersebut. So respect kepada owner nih.. Bilik yg agak luas dengan mempunyai dua katil Queen utk kami 4 org. Murah dan selesa. Guesthouse ini tidak menyediakan air mineral percuma so klau korang nak minum mesti byr. Botol kecil 500liter 7000dong = rm1.40, botol besar 12000dong. Kemudahan Heater kita boleh minta pada owner nih.. n then pagi dkt sebelah guesthouse nih ada menjual daging pork.. tpksalah kitaorg tahan nafas..haizz.. so to be continuee..
![]() |
TIKET BAS 5000 DONG = RM1 |
![]() |
Ruang Hadapan di Bawah Guesthouse |
![]() |
Bersama Owner Thanh Ha Guesthouse |