Tuesday, 5 April 2016

Ho Chi Minh Aku Mai : Tips Semasa Ke Vietnam .

Aku baru pulang dari Ho Chi Minh  pada 3/4/2016 dua hari lalu bersama-sama rakan sekolahku selama 5hari. Perjalanan flight terus dari Penang ke Ho Chi Minh City yg memakan masa hampir 2jam. Untuk trip Vietnam ini pertama kali aku pergi tanpa menggunakan tourist guide dan akulah yg mengetuai trip ini. Sebelum ini sekiranya ke Oversea buat pertama kali kami akan mengambil pemandu pelancong seperti trip aku ke Korea. Jadi aku rasa sangat horror trip kali ini  bersama-sama dua rakanku yg tidak pernah menjejak kaki keluar negara. Bajet untuk trip aku ini menelan kos penerbangan Penang-Ho Chi Minh-Penang= RM197.05(tiket sahaja).Perbelanjaan bagasi bagi 20kilo rm50 dan 25kilo= RM58, 30kilo= RM108. Wang perbelanjaan di bawa dalam Dong Vietnam, US dollar dan Ringgit Malaysia.
Jenis Travel Adapter di Vietnam
Kami menginap di Thanh Ha Guesthouse dan Red Ruby Hotel. Persiapan yang sederhana membawa beg galas, makanan seperti maggi  dan bubur cawan, minuman 3 IN One, Travel Adapter adalah penting di untuk kegunaan ketika di sana beserta bagasi kosong yg digunakan untuk megisi barang2 shopping d sana.Jenis Travel Adapter yg sesuai di Vietnam. 

Matawang yg sesuai di gunakan ketika saya pergi baru ini ialah:
1) USDollar = Hotel dan Teksi
2) Vietnam Dong = Makanan/ Bas/ Shopping
3) Ringgit Malaysia(RM) di terima ketika kami dtg kerana kenaikan RM = shopping d Ben Than
p/s: sekiranya kejatuhan RM tidak akan diterima semasa di Vietnam.

                                                     
Hari Pertama 30/03/2016
Pemandangan dr Atas Ho Chi Minh
Kami berempat berkumpul di Airport Pulau Pinang 4jam sebelum penerbangan. Almaklumlah semua kami mempunyai bag bagasi yg di bawa untuk tujuan berjalan dan shooping ala kadar. Setelah selesai memasukan bagasi aku mengajak rakan2ku utk membuat persediaan bertutur  bahasa Vietnam seperti Hello, Where this place. Kami google dan screen shot. Last2 minute baru kalut utk belajar. Tapi dalam kerisauan tengah belajar bahasa Vietnam, Allah telah membantu dengan menemukan dengan sepupu aku Suhail yang kebetulan hendak ke Vietnam jugak. Alhamdullilah Syukur x terkata. X perlu penat2 kami nak belajar dah, sebab dah ada orang kuat yg telah banyak membantu. Kami mendarat di Airport Tan Son Nhat airport 20min awal dari waktu yg dijadualkan

Viettel
   Tan Son Nhat Airport Vietnam
Semasa tiba di Imigresen Ya Allah muka pengawai Imigresen di sana memang macam muka minta penampar.Rupa oorang Vietnam yg sombong dan tidak tahu nak senyum.

Kami hanya membeli Simcard data Internet di Airport tersebut, rangkaian telefon dan Internet yg terbesar di Vietnam adalah Viettel, Vinaphone, Mobifone dan Veitnamobile. Aku memilih data internet Vietttel dgn byrn 290,000 dong (unlimited data Internet) selama sebulan sesuai kwsan bandar dan Luar Bandar. Manakala rakan2ku membeli Vinaphone data 10gb Internet dgn byrn 100,000 dong per pax.(sebulan). Aku prefer korang beli data ketika tiba di Airport berbanding di kedai2 luar.

Setelah itu aku membuat keputusan untuk memilih menaiki bas No.152 dari Airport ke Ben Than Market sbyk 5000dong = RM1 berbanding teksi  240,000 dong=  Rm48. Bayaran tiket bas yg dikenakan ialah sebanyak 10,000 termasuk dengan bagasi turut dicaj. Jimaat duit aku. Tiba di Ben Than Market kami mula mencari guesthouse aku yg beralamat di 241/37 Pham Ngu Lao yg terletak di kawasan Area Backpackers. Berjalan kaki mencari memakan masa 10-15 minit dr Ben Than.  Keadaan bilik yang agak selesa dan memuaskan tapi Wifi di dalam bilik sangat lemah. Naseb baik kitaorang dah beli data sesiap masa di airport. Yg istimewanya Guesthouse ini kami tidak perlu bersusah payah nak angkat beg naik tangga kerana owner ini menyediakan kemudahan Lif. Hebatkan dalam Guesthouse ada lif.. Aku masa stay d Korea tingkat 5 tiada lif so kitaorg terpaksa mengusung beg tersebut. So respect kepada owner nih.. Bilik yg agak luas dengan mempunyai dua katil Queen utk kami 4 org. Murah dan selesa. Guesthouse ini tidak menyediakan air mineral percuma so klau korang nak minum mesti byr. Botol kecil 500liter 7000dong = rm1.40, botol besar 12000dong. Kemudahan Heater kita boleh minta pada owner nih.. n then pagi dkt sebelah guesthouse nih ada menjual daging pork.. tpksalah kitaorg tahan nafas..haizz.. so to be continuee..

TIKET BAS 5000 DONG = RM1

Ruang Hadapan di Bawah Guesthouse

Bersama Owner Thanh Ha Guesthouse

10 comments:

  1. waaa..bestnyer..ngah planning jgak g sana..:-)

    ReplyDelete
  2. waaa..bestnyer..ngah planning jgak g sana..:-)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Hotel dia kami 3hri 2mlm.. dlm 200++..
      Saya book hotel guna agoda..

      Delete
  4. Nk tnya yg beli SIM card 10gb tu betul ka? Kena purchase dulu or mmg ada dh ? Pls reply asap! Saya pun nkp veitnam mnggu dpn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya btul simcard vinaphone.. keluar2 Dr imigresen tu sblm nk ke pintu luar tu Ada mcm2 kaunter YG Jual simcard. Kena Beli dlu simcard vinaphone 10gb tu then diorang akan tlg aktifkan utk kamu guna... Line laju ok n x dak mslh utk YG vinaphone tu.. dua2 ok.

      Delete
  5. Salam sis..nk tanya sikit..antara bnyak2 line..line ape yg paling ok? Sy pon nk ke vietnam mgu dpn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sim card dye blh masuk utk i phone x?

      Delete
    2. beli jer yg murah vinaphone tu, x dak masalah line kwn sya pkai yg vinaphone ok sja line internet dia.. n sim card dia blh utk iphone, kwn saya sorang tu pguna iphone..so xdak mslh rsnya sis..

      Delete

Jom Jalan di Bangkok dan Hatyai Part 1

Assalamualaikum Hangpa.. salam satu Malaysia..kali ni cheqq nk cherita psl trip terbaru aku dan kwn di Bangkok pada 27/7/17 sehingga 31/7/2...